Saturday, March 12, 2011

Kem Pengakap Pagoh Muar Johor >> Re-Open Trek ... from Batu 28 Lenga

Lokasi >> Batu 21 selepas pekan pagoh, menghala ke lenga via batu 23
Peredah >> 10 03 2011 = 1 org pakcik bro, 12 03 2011 = 2 org pakcik bro + pakcik mian
Rating >> terbaek.... kene kuat fizikal dan main mental .... sesuai untuk rekreasi ....jom redah
Laluan >> KL@JB - tol pagoh - pekan pagoh - paya redah pagoh - batu 21 lepas simpang >>
GPS >> N2 10.127 E102 48.389 Puncak 1 , N2 10.219 E102 48.535 Puncak 2
              N2 10.201 E102 48.146 Parking Kem Pengakap , N2 10.420 E102 48.307
              Trek jalan tar balik




Kem Pengakap Daerah Muar Johor ini merupakan salah satu tempat  yang menarik bagi aktiviti sukan lasak(outdoor)di daerah Muar Johor. Dah lamer pakcik try nak panjat tmpt nih tapi memandangkan trek lamer dh x de so pakcik  try main tebas dengan usaha agar bleh sampai gak kat kedua2 peak tuh hehehhe.... kem pengakap nie merupakan tempat riadah bagi pengakap secara rasmi. Banyak kemudahan asas ada kat sini tapi telah terbiar. Diharap ada pihak yang pantau sebab tempat nie memang sesuai untuk rekreasi dan beriadah disamping aktiviti pendakian bukit.




Kem Pengakap Daerah Muar yang dahulunya mempunyai banyak aktiviti pengakap, menjelajah denai hutan, flying fox, disamping bermotivasi dan menguatkan keyakinan diri. Terdapat kemudahan surau, dewan, pondok dan tandas telah terbiar. Pada permulaan pencarian trek lama 10 03 2011 pakcik main agak2 jer berpandukan GPS 60CSX untuk menentukan jalan trek masuk keatas. Disebabkan terdapat 2 puncak jadi pakcik main masuk ikut puncak kanan dan akan turun kekiri...


Pada peringkat pertama panjat terdapat beberapa spesis pokok yg telah ditandakan. Jalan masuk ini merupakan jalan lama yang telah hilang dan boleh dikatakan trek sondol lah nih... terdapat kesan pemotongan dan racun  pada pokok yang dipercayai pokok gaharu...  jom redahhhhh.....























Pada 12 03 2011 bersama pakcik mian menggunakan GPS dan parang untuk meredah dan mencari lokasi kedua-dua puncak berkenaan. Macam biasa plastik awas merah putih ditanda pada setiap pokok yang kami redah. Trek bermula dengan denai hutan dan Semakin keatas dan keatas dan keatas terjumpa plastik makanan askar dan kelongsong senapang patah. Semakin keatas semakin landai dan tetiba dah sampai peak ader kelapa sawit terbiar???? x tau la kebun sawit saper nih sbb terbiar mcm tu jer tapi kalu ikut GPS nih dh kira peak... Jadi confuse jap sebab dari laluan hutan tembus ke kelapa sawit yang merupakan peak 1 ... dari sini pemandangan pagoh dapat dilihat.....

View di sekitar peak 1 altitude 212.3meter dan view pekan pagoh























Jalan dan jalan dan jalan lagi nak tembus ke peak 2 altitude 186.4meter x bleh sbb hutan tebal x cukup parang panjang so kami turun ke belakang bukit dan tembus di kebun durian saper ntah siap ada anjing 1 team. Rupa2 nyer anjing takut dgn kayu panjang dan parang sbb biler kitorang pegang kayu panjang terus senyap. Perjalanan diteruskan melalui kebun tadi dan mendaki semula bukit belakang untuk tembus di check point jalan tar pengakap untuk sampai di peak 2. View di peak 2 lebih menarik berbanding peak 1 berlatarbelakangkan awan dan pemandangan hijau bukit n bukau...


























Untuk jalan balik kami sondol trek dari peak 2 tembus ke jalan tar pengakap melalui last water point dan tembus ke kebun sayur dan tembus ke kebun sawit dan melalui jalan raya untuk ke parking kem pengakap batu 21....

Rata-rata pendakian kali ini boleh dirumuskan trek sondol  park kem pengakap - mendaki denai hutan lama - peak  1 kelapa sawit - turun bukit hutan - tembus kebun durian anjing - menyusuri kontur ke bukit sebelah - kebun getah lamer terbiar - tembus peak 2 view cantik - turun jalan tar pecah2 kebun sayur sawit - jalan raya - kembali ke base kem pengakap....


Topo Map trek sondol 3.9km >> sumer dh siap tag merah putih.


















Altitude ada 2 peak. Peak 1 dinamakan peak 212.3 dan Peak 2 dinamakan peak 186.4 berdasarkan ketinggian.




















Selamat mencuba semua... pendakian memerlukan ketahanan fizikal dan mental sbb pakcik mian pewai hahahah... anyway thks to johor community... kalu boleh potonglah rumput dikawasan parking dalam tuh, kepada pihak yang berwajib sila pantau tempat nih, camner trek hutan tiba2 peak ader kebun sawit terbiar dan belakang bukit ader kebun durian???? dan kepada pengakap diharap jalankan usaha untuk menjaga tempat nie sebab bukan senang kite nak dapat tempat rekreasi yang best camnie siap ada bukit untuk dipanjat... mulakan dengan stretching dan doa.... thks to mak oteh, pak oteh, dan org2 kampung yg menyokong usaha ini...

3 comments:

  1. salam..

    terima kasih pada pakcik yg redah kem pengakap kami ni.. sampai masukkan dlm blog.. pengakap muar pon xbuat lg mcm pokcik ni..

    insyaallah kami akan cuba buat sesuatu untuk kem kurnia ni..

    ReplyDelete
  2. bagus3 harap2 kita sumer dapat jaga kem nih sbb kalu terbiar mungkin akan ada pihak yang ambil alih manatau. Kalu boleh pihak pengakap dapat update trail atau membuat log supaya ianya tidak ditelan hutan atau dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lg satu haritu nampak signboard ke kem pengakap tu dah x de.. x tau mana perginyer..

      Delete