Saturday, December 18, 2010

Pine Tree Hill via Fraser Hill >> 18 12 2010 jom panjattttt!!!

Lokasi >> Pine Tree Hill via Fraser Hill >> 1465.4 meter alt height , 4.9km
Pendaki >>TNB team + bocha redah hutan
Rating >> terbaek, fraser hill sejok beku
Accesss >> kuala kubu bharu

pengumuman = Akses laluan ke fraser hill telah dipulih seperti biasa dimana kedua2 jalan masuk keluar telah dinaek taraf.


Pine Tree Hill terletak di Fraser Hill bersempadan Selangor Kuala Kubu Bharu dan Pahang Raub. Laluan yang kami ikuti dari Negeri Sembilan - Shah Alam - Rawang - Sungai Selangor Dam - port memancing Kg Pertak laluan Gunung Kutu. Perjalanan diteruskan melalui Sg Chiling - laluan Gunung Ulu Semangkok  GAP Rest House dan kami berhenti di kawasan rehat yang mempunyai kemudahan surau dan toilet sebelum ke Fraser Hill.  Waktu naik bernombor Ganjil berjadual start pagi 07 :00am-07:40am > 09:00am-09:40am sehingga petang@magrib 07:00pm-07:40pm . Waktu turun pula bernombor Genap 08:00am-08:40am > 10:00am-10:00pm sehingga petang 06:00pm-06:40pm. Waktu malam pula laluan tidak dikawal. Walaubagaimanapun tempat rehat disediakan termasuk free parking dan beberapa facilities dikawasan berdekatan.























Buat masa kini, GAP Rest House masih dalam proses pengubahsuaian. Berdekatan GAP ini terdapat laluan pendaki untuk ke Gunung Ulu Semangkok via Puncak GAP.
























Kawalan lalulintas di simpang masuk ke Fraser Hill.
























Pemandangan sekitar di Fraser Hill memang cantik diwaktu pagi. Anda dinasihatkan membawa baju sejuk atau boleh menggunakan selimut disini kerana cuaca sejuk beku. Sebelum aktiviti pendakian dimulakan kami bergambar di jam tower yang merupakan kebanggaan disini.
























Perjalanan diteruskan dan singgah sebentar di kedai makan untuk tapau nasi lemak ayam goreng. Terdapat cendermata dan baju dijual untuk kenangan. Setelah siap kami singgah ke Masjid disini dan membentang ground sheet untuk sarapan pagi. Sambil menunggu rakan2 lain kami meneruskan perjalanan melalui Jalan High Pine dan tembus ke Telekom untuk mencari pintu gerbang Pine Tree Trail.
























Cam biasa posing dulu sebelum panjat. Team TNB dari Petaling Jaya dan rakan2 lain begitu bersemangat memulakan pendakian. Doa dan stretching mesti.



Trek agak landai pada permulaan, altitude 1300 perjalanan santai dan  menuruni beberapa anak tangga. Turun dan turun dan turun lagi sehingga ke altitude 1200. Dari sini anda perlu melepasi dua anak bukit untuk sampai di kaki Pine Tree Hill yang sebenar dengan melalui beberapa permatang yang meniupkan angin sejuk... huhuhu...
























Setelah melalui check point pondok 1 dan pondok 2, perjalanan diteruskan dan anda akan berjumpa dengan batu sempadan selangor/pahang. Dari sini perjalanan agak mencanak pacak nyer dan tibe2 kami rehat disebalik pokok sebab penat.
























Nice view disepanjang trail@trek.
























Pokok pelik berakar akar agak besar dan bleh posing disini menunjukkan kami semakin hampir dengan kaki Pine Tree Trail. Kebanyakan pokok telah kami tanda dengan 3 parang takuk@takek untuk dijadikan panduan dan penanda jalan. Tapi bile dah penat pakcik takuk 1 jer. Penat lagi tak takuk terus hehehhe... Just follow ape sign yg kitorang mark kat pokok.
























Untuk sampai di puncak Pine Tree Hill anda perlu mendaki menghampiri 60-80degree dengan menggunakan kaki dan tangan. walaubagaimanapun tali disediakan. Pemandangan sepanjang pendakian kawasan trek adalah berlumut dan terlalu sejuk.

Sampai di puncak Pine Tree Trail. bentang  fly sambil layan view n sejuk....
























View disekitar puncak pine sambil layan tembikai untuk meraikan kejayaan.























Layan maggie dan pekene kopi O di Pine Tree Hill... Jom Panjatttt... Sepanjang trek kitorang dah marking pokok dgn parang untuk panduan semua orang. Harap pasni ramai2 dapat datang sini ek...























Perjalan pulang bertembung dengan pendaki2 yang akan tidor di puncak pine.
























Nice capture view.....
























Dah siap sumer kami drive ke masjid berdekatan. Konon2 nak mandi kt dalam tapi tekejut sbb air dia sejok giler. Menggigil badan bile kene air. Mungkin sebab suhu sejok beku huhuhu.. Dah siap sumer solat dan bertolak ke kubu bharu sebab bos nak belanje makan. Pas sumer solat magrib kitorang makan kat cam dataran. Best betol dan sampai tegelak2 layan gelagat rakan2 dan bos... Thks to Dr Ridzal, Hj Bakri, Hj Salleh, atom, pizza, bocha redah hutan, TNB Team dan rakan2 yang lain... nnt nak panjat lagi.... pon pon pon pon.... terbaek!!!!!!























Trek 4.9km


















altitude 1465.4 meter height.


























update infor request dari am >> 12/Nov/2012 >> 08:12pm - Parking utk start trail

  • Park near TM n Kementerian Pertahanan , N3 42.699 E101 43.644




No comments:

Post a Comment