Sunday, May 1, 2011

GuNung taMpin negeri Sembilan >> 01 Mei 2011

Lokasi >> Gunung Tampin Selatan, Negeri Sembilan.
Pendaki >> Tag with TNB Transmission Engineering, 9 org, Dr Ridzal, Hj Salleh, Dr Nadia+husband+anak+anak saudara, eno, atom, pakcik bro.
Rating >> terbaek utk trek, denai hutan original, puncak kurang skit
Bayaran >> free. Thanks to N9 community.
Laluan >>  KL : N9 - Simpang 4 - Tampin - Giant Tampin - Taman Bukit Tampin - Jalan Kelicap cari Pintu Gerbang,



Gunung Tamping terletak di selatan tanah air Tampin Negeri Sembilan. Lebih senang jika mencari Giant Tampin atau melihat pencawang telekomunikasi TM diatas bukit. Teruskan perjalanan anda dan memasuki laluan ke Taman Bukit Tampin sehingga ke Pintu Gerbang. Terdapat tempat parking sebelum Pintu Gerbang dan anda boleh parking dipesisiran jalan atau parking sebelum Pintu Gerbang. Ramai penduduk tempatan jogging diwaktu pagi disini termasuk yang membawa anak kecil. Ada yang terus ke pemancar TM dan ada yang juga yang sampai dikolam mandi berkelah.
























Bagi kereta yang berkapasiti tinggi boleh menggunakan kereta anda terus ke Taman Rekreasi TM Green Pitch selepas kawasan kolam yang disediakan. Pastikan kereta anda benar2 sihat. Kemudahan toilet juga disediakan di kawasan kolam ini manakala kawasan lapang di Taman Rekreasi TM dihiasi dengan bunga dan pondok dan monumen.
























Kawasan Kolam dan kemudahan awam... Jagalah Kebersihan yang disediakan ek...
























Kawasan lapang rekreasi TM Green Pitch ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri pada 30 Oktober 2010.























Perjalan kami bermula dari sini sekitar Tiang TNB No 53 sehingga ke pintu masuk Tiang no. 90. Perjalanan dengan jalan bertar menjadikan kaki anda terasa sedikit mantul. Tongkat  atau kayu boleh digunakan bagi mengurangkan beban. Pastikan anda stretching dahulu dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.


HV MW 90 >> Tiang TNB no. 90 ini merupakan petunjuk jalan masuk ke Gunung Tampin. Jika anda terlepas tiang 90 ini anda juga boleh teruskan perjalanan tetapi akan sampai di TM Bukit Tampin sahaja. Terdapat ramai orang jogging sehingga ke TM dan ada askar yang bertugas bagi menjaga pencawang TM disana. OK kiter sambung balik perjalanan ke Gunung Tampin. Perjalan bermula dengan menuruni tangga dan terus melalui denai hutan bersama kicauan burung dan unggas.















































Tangga dan batu sempadan...




Kebanyakan laluan disini telah di tag dengan plastik merah putih awas sebagai panduan. Muka bumi disini berbukit panjat dan panjat kemudian mendatar dan panjat lagi dan mendatar.
























Terdapat pelbagai tumbuhan dan pemandangan hijau semulajadi yang memukau mata bagi penggemar-penggemar keindahan ciptaan Tuhan. Bersamalah kita menjaga keunikan dan kurniaan citaanNya.
























Puncak Gunung Tampin berada tepat dihadapan anda. Ianya betul2 diatas bukit dan boleh menggunakan matahari sebagai panduan ke puncak. Terdapat 1 kawasan lopak air lapang yang menunjukkan anda semakin menghampiri puncak. Sedikit licin di sini. Sesudah sampai disini dan berjumpa dengan buah rotan menandakan anda sudah sampai di puncak. Terdapat Beirut usang disini yang merupakan tanda aras bagi sesebuah puncak.
















































Kawasan sekitar di puncak Gunung Tampin























Posing sebelum turun ke Kem Lopak.























Lepak2, masak air pekene kopi O dan tembikai.... dan berbual tentang alam di Kem Lopak. Kehidupan di Hutan begitu tenang tanpa teknologi.... Gunung Tampin merupakan Hutan Hijau....
























Perjalanan turun kebawah... berhati2 licin, kalu ada tongkat atau kayu lg bagus.

























nice view sempat lg capture....
















































Sampai di pintu masuk tiang TNB NO.90..... wah bukan main lagi turun sumer laju jer...























 Menuruni jalan jalan tar dari Tiang TNB 90 sehingga ke TM Green Pitch.
















































Selamat mencuba... :)
.

2 comments:

  1. Nice story.. cuma gambar itu agak memeningkan.. apa pun nnt kita jumpa masa trekking ya. salam persahabatan dari kami Gogonyzer

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahhah sori sbb kitorang mmg pening... salam persahabatan dari kami juga... tq

      Delete