Saturday, May 14, 2011

Gunung Irau >> 14 05 2010, via Brinchang Cameron Highland

Lokasi  >> Gunung Irau via Hanging Bridge Brinchang Cameron Highland
Pendaki  >> syida, atom, ino, pakcik bro... = 4 org jer
Rating >> trek lumpur, berpijak pada akar, naek turun naek turun naek turun naek turun naek, hutan lumut dan sejok, view trek lord of the ring, view peak kurang
Aksess >> N9 - Elit Hiway - S.Alam amek bdk2 - Hiway Utara ke Perak - R&R Tapah - Simpang Pulai - Cameron High land - Kg Raja - tido di Petronas Brinchang - Simpang Hutan Simpan Mossy Gunung Brinchang - jln kebun teh sg palas - amik kiri melalui gunung brinchang summit RD - jalan belubang2 guna gear 1 4000@5000 rpm - park dan tido di Hanging Bridge - semayang subuh - start panjat - smpi puncak - posing gmbr di kebun teh - turun jln2 shoping di pasar brinchang beli stawberi, jagung, sayur n bunga(syida)


Gunung Irau merupakan antara gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa dengan 6923 feet @ 2110 meter. tapi tak aci sebab starting pon dah tinggi hehehhe... Perjalanan diteruskan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai.
























Oleh kerana tersampai awal, Petronas Brinchang menjadi pilihan untuk port tido kerana mempunyai kemudahan asas. Anda boleh juga tido di Kg.Raja sebagai alternatif. Di sini anda perlu mengemaskini segala urusan personal dikemudahan asas yg disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke Hanging Bridge(park kete utk ke G.Irau). Cari SignBoard Hutan Simpan Mossy Gunung Brinchang untuk masuk.
























Perjalanan melalui jalan tar laluan kecil perlu berhati-hati. Sampai di simpang sila ikut kiri sebab kekanan adalah BOH Plantation Tea Sg Palas. Kita perlu ikut Kiri dan teruskan perjalanan sehingga jumpa signboard Stesyen Mikro Gunung Brinchang. Sampai di simpang signboard stesyen mikro ini juga belok ke kiri dan teruskan perjalanan sehingga sampai di simpang 3. Jangan Terus. Sila Berhenti dan bersiap sedia untuk ke kiri sebab selepas ini kereta dan anda perlu 100% fokus untuk mendaki lereng bukit kebun teh tersebut. Dari sini teruskan perjalanan kejap jer dah nampak sebuah kuil dikiri dan anda perlu tingkatkan kuasa kereta ke gear 1, 4000 rpm jalan belok2 disini dan banyak dah belubang lubang huhuhu.... macam nak tegolek-golek lubang memang x bleh elak punyer...
























nie antara jalan yg akan dilalui...
























Park keta di Hanging Bridge. Terdapat kawasan pondok disini. Dah try nak tido kt pondok tapi sejok gilor menggigil den so x jadi. Masuk kete sambung tido. Bangun subuh siap2. Teruskan perjalanan melalui jambatan tu..
























Mula2 jalan jer naek jambatan pastu turun dan turun..

























Trek berlumpur dan perlu berpijak pada akar. Trek disini mengikut penandaan batu sempadan perak dan pahang. Kekadang kaki sakit gak asek tijak akar jer...

























Berehat di False Peak. Dari sini mmg nampak puncak irau betol2 kat depan mata. tapi jauh lg gak sebab kene turun turun turun turun pastu panjat. View mmg cam citer Lord Of The Ring.... cuaca sejok huhuhu
























Orait... teruskan lg perjalanan dah puas turun time nie kene panjat panjat plak. dan lg dan lg dan lg dan panjat... OOoooopppsss tenampak plak Gunung Brinchang Summit dari sini. Cam dekat jer tp jauh. Syida, atom, ngan ino posing jer sepanjang perjalanan. Ini budak2 mau bikin filem LOrd of The Irau apa?
























arrival at Irau Peak. 2110 cam kt signboard. Koordinasi GPS memang tepat utk location cuma altitude 2118m. Nie dia view puncak Irau. Sepanjang pendakian tak banyak minom air sebab trek laluan gunung nie sejok.
























Cam biasa pekene kopi 'O' panasssssssssszzzz....






















layannnnnsss view... tapi skit jer view dier itupon kt ujong.... periuk kera banyak tapi camner kera dapat name plak. ntah bila masa kere ader periuk... bebudak nie x abis2 posing x ponat apo?
























Turun time.... hati2 ketika turun sebab ada satu trek tu tanah dh runtuh. JAS Jabatan  Alam Sekitar dah barrier kt situ jgn cross. So laluan divert skit jer.
























turun punya turun dan turun sambil kedengaran guruh dilangit ujan nak turun... sib baik dah sampai kt park keter. Per lg siap2 cuci sumer tangan kaki terus roger turun , cabuttttttt....




Ramai plak kete arinie. Tadi masa naek x de org huhuhu. Disarankan datang awal cam kitorang nnt senang dapat turun awal. Perjalanan diteruskan ke kebun Teh dan amik gmbr kambing hahahahahah....



























Nie lah view dikebun teh yang cun melecun. Memang terbaekkkkk... pastu lari ujan. Jom turun ujan dh lebat nieeeee... apela bdk2 nie dh suka kat kebun teh la plak. Perjalanan balik diteruskan ke Petronas Brinchang. Cam biasa dapatkan kemudahan asas cuci sumer lumut dan lumpur  , tukar baju pastu jalan2 kt pekan brinchang  nih beli beli cam kt pasar malam cam biasa. atom pg  beli sayor, syida beli bunga hehehehe, stawberi sumer beli hahahaha jakun tol aku..


 slmt mencuba.. mulakan dengan doa dan stretching



























Updated infor 23 OCT 2012





Trail irau



















Topo elevation Irau



















Profile Altitude vs Distance , Irau



























Thks to atom, syida, Ino for the works, Gud Job guys... opsss ladyss...


Sunday, May 1, 2011

GuNung taMpin negeri Sembilan >> 01 Mei 2011

Lokasi >> Gunung Tampin Selatan, Negeri Sembilan.
Pendaki >> Tag with TNB Transmission Engineering, 9 org, Dr Ridzal, Hj Salleh, Dr Nadia+husband+anak+anak saudara, eno, atom, pakcik bro.
Rating >> terbaek utk trek, denai hutan original, puncak kurang skit
Bayaran >> free. Thanks to N9 community.
Laluan >>  KL : N9 - Simpang 4 - Tampin - Giant Tampin - Taman Bukit Tampin - Jalan Kelicap cari Pintu Gerbang,



Gunung Tamping terletak di selatan tanah air Tampin Negeri Sembilan. Lebih senang jika mencari Giant Tampin atau melihat pencawang telekomunikasi TM diatas bukit. Teruskan perjalanan anda dan memasuki laluan ke Taman Bukit Tampin sehingga ke Pintu Gerbang. Terdapat tempat parking sebelum Pintu Gerbang dan anda boleh parking dipesisiran jalan atau parking sebelum Pintu Gerbang. Ramai penduduk tempatan jogging diwaktu pagi disini termasuk yang membawa anak kecil. Ada yang terus ke pemancar TM dan ada yang juga yang sampai dikolam mandi berkelah.
























Bagi kereta yang berkapasiti tinggi boleh menggunakan kereta anda terus ke Taman Rekreasi TM Green Pitch selepas kawasan kolam yang disediakan. Pastikan kereta anda benar2 sihat. Kemudahan toilet juga disediakan di kawasan kolam ini manakala kawasan lapang di Taman Rekreasi TM dihiasi dengan bunga dan pondok dan monumen.
























Kawasan Kolam dan kemudahan awam... Jagalah Kebersihan yang disediakan ek...
























Kawasan lapang rekreasi TM Green Pitch ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri pada 30 Oktober 2010.























Perjalan kami bermula dari sini sekitar Tiang TNB No 53 sehingga ke pintu masuk Tiang no. 90. Perjalanan dengan jalan bertar menjadikan kaki anda terasa sedikit mantul. Tongkat  atau kayu boleh digunakan bagi mengurangkan beban. Pastikan anda stretching dahulu dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.


HV MW 90 >> Tiang TNB no. 90 ini merupakan petunjuk jalan masuk ke Gunung Tampin. Jika anda terlepas tiang 90 ini anda juga boleh teruskan perjalanan tetapi akan sampai di TM Bukit Tampin sahaja. Terdapat ramai orang jogging sehingga ke TM dan ada askar yang bertugas bagi menjaga pencawang TM disana. OK kiter sambung balik perjalanan ke Gunung Tampin. Perjalan bermula dengan menuruni tangga dan terus melalui denai hutan bersama kicauan burung dan unggas.















































Tangga dan batu sempadan...




Kebanyakan laluan disini telah di tag dengan plastik merah putih awas sebagai panduan. Muka bumi disini berbukit panjat dan panjat kemudian mendatar dan panjat lagi dan mendatar.
























Terdapat pelbagai tumbuhan dan pemandangan hijau semulajadi yang memukau mata bagi penggemar-penggemar keindahan ciptaan Tuhan. Bersamalah kita menjaga keunikan dan kurniaan citaanNya.
























Puncak Gunung Tampin berada tepat dihadapan anda. Ianya betul2 diatas bukit dan boleh menggunakan matahari sebagai panduan ke puncak. Terdapat 1 kawasan lopak air lapang yang menunjukkan anda semakin menghampiri puncak. Sedikit licin di sini. Sesudah sampai disini dan berjumpa dengan buah rotan menandakan anda sudah sampai di puncak. Terdapat Beirut usang disini yang merupakan tanda aras bagi sesebuah puncak.
















































Kawasan sekitar di puncak Gunung Tampin























Posing sebelum turun ke Kem Lopak.























Lepak2, masak air pekene kopi O dan tembikai.... dan berbual tentang alam di Kem Lopak. Kehidupan di Hutan begitu tenang tanpa teknologi.... Gunung Tampin merupakan Hutan Hijau....
























Perjalanan turun kebawah... berhati2 licin, kalu ada tongkat atau kayu lg bagus.

























nice view sempat lg capture....
















































Sampai di pintu masuk tiang TNB NO.90..... wah bukan main lagi turun sumer laju jer...























 Menuruni jalan jalan tar dari Tiang TNB 90 sehingga ke TM Green Pitch.
















































Selamat mencuba... :)
.