Saturday, May 1, 2010

gunung tampin > tampin/ alor gajah


 Tarikh >> 01 /05 /2010
tukang redah >> 1 org je (pakcik bro@hafiz)


alor gajah/tampin hiway plus. pastu cari giant tampin masuk belok kiri betol2 kt giant tampin tuh... tmpt panjat dia ada pintu gerbang ats bukit.. bleh parking kt situ ek...start track jalan tar sampi la ke air terjon kecil...  kalu jalan terus akan sampai ke pencawang telekom. pas lalu air terjun tuh tgk2 tiang elektrik TNB. smpi satu tiang ada ikat dgn botol revive. masuk kanan utk turun kebawah dan terus ke puncak gunung tampin...






















beirut puncak gunung tampin ade kt pokok tuh..  pastikan jgn terlepas tiang elektrik TNB no. 90 yek..
status : this blog underconstruction >> will be update soon
layan gmbar je dulu ek...





updated infor >>  30 12 2010


Gunung Tampin berketinggian 734meter@2408kaki, kebanyakan penduduk sekitar jogging melalui jalan tar sehingga ke kawasan rehat kolam air yg mempunyai kemudahan awam dan ada juga yang terus keatas pencawang telekomunikasi TM. Terdapat kawasan rehat bagi pengunjung di checkpoint yang disediakan. Bagi yang menggemari aktiviti lasak apabila sampai di tiang elektrik TNB no. 90 terdapat tangga menurun melalui kawasan tersebut. Ikut penanda@tag yg diikat pada pokok seperti plastik awas merah putih. Teruskan melalui denai hutan tersebut turun dan naik semula. Terdapat pokok tumbang dan anda harus teruskan melalui tepi tepi dan terus kehadapan sehingga bertemu kawasan menaik dan naik seperti gunung angsi sehingga seakan2 landai. Teruskan dan akan berjumpa dgn Beirut usang Gunung Tampin Selatan terselit dicelahan pokok. Jika kehadapan dari Beirut usang tersebut pula akan terdapat lagi satu beirut Gunung Tampin. Keadaan trek adalah terang dan mudah. Selamat mencuba dan mulakan dengan doa dan stretching.


Trademark Giant Tampin - Taman Bukit Tampin - Pintu Gerbang - Jalan Tar dan Kolam - Tiang TNB N0. 90 - Tangga turun - Denai Hutan turun dan naik - Beirut usang dicelahan pokok.

Cari Simpang Ampat/Alor Gajah/Tampin jika melalui Plus Highway. Teruskan perjalanan ke Tampin sehingga sampai di Giant Tampin terus masuk ke kawasan perumahan Taman Bukit Tampin.
























Dikawasan Taman Bukit Tampin cari surau An_Nur Bukit Tampin dan masuk kanan, jika terus akan ke balai polis baru. Anda boleh nampak pemancar telekomunikasi di atas bukit. Jika confuse boleh bertanya penduduk sekitar sebab mereka mesra dan mengalukan kedatangan kita.

Trek jalan tar dan pemandangan hutan sehingga tiang tnb no. 90.
























Denai hutan dan pokok tumbang.























starting point tiang tnb no 90 dan tangga - trek denai hutan bermula - kawasan puncak beirut.
























giant - parking sebelum pintu gerbang.























learn from the nature, respect the nature.

1 comment:

  1. salam bro. terima kasih banyak atas info hiking gunung tampin nih. insyaAllah, akan naik tak lama lg.

    ReplyDelete