Sunday, June 10, 2012

Bukit Kutu >> Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu - Peninggalan Sejarah Kubu British


Lokasi >> Kuala Kubu Bharu via Kg. Pertak, 10 June 2012
Pendaki >> Hayati Turiman, Adik Idan Don , Iskandar Cheff, Debol Mot, Omputih, sorang, Pakcik bro
Rating >> Terbaek
Akses >> S.alam - Elite Utara - Rawang - Berkumpul di Pasar Pekan K.Kubu Bharu - Kg.Pertak - Parking - Cross Sungai kecil - Pendakian Bermula - layan 9 check point - water point - Gua - Panjat2 - s - mpai ,Then balik ahad petang jem nk kuar ker hiway..
Special Edition >> Peak - trek denai hutan - fortress kubu lama peninggalan British macam  A Famosa
Special Thanks >> Thks to atom bg lesen permit, atom, syida, pizza, inoe, ator, khaito, hawa dan sumer jom panjattt.. pon pon pon pon ...

Sarapan di Pasar Pekan Kuala Kubu Bharu, Macam2 ada jual sayur, ikan, brg2 mcm pasar malam. Parking kereta kat sini banyak. Perjalanan diteruskan  dari pekan terus menghala ker Empangan Sungai Selangor dimana terdapat ramai pemancing2 tegar diatas jambatan pada waktu tengah malam sehingga ke pagi. Masuk ke laluan Kg.Pertak dimana penempatan orang2 asli peribumi ditempatkan semula.



Parking agak terhad di kawasan ini, Disarankan parking di Pekan KKB dan pool car ke dalam. Dari Kg.Pertak bentuk jalan yang dilalui pada permulaan bertar dan bertukar kepada batu kerikil road. Disarankan kereta bersaiz sederhana kecil bagi memudahkan keluar dan masuk. Permulaan perjalanan melintasi 2 jambatan sungai kecil lama. 



Jambatan kedua sedikit usang sambil meniti kayu-kayu.



Trail balak lama digunakan menyusuri kebun2 orang asli. Terdapat beberapa simpang bercabang dimana kekiri menuju ke sungai dan kawasan perkhemahan. Anda disarankan memilih kanan bagi memudahkan perjalanan.




Sungai ke-3 merupakan sungai yang agak lebar. Jika cuaca cantek kedalaman adalah paras lutut dan peha. Jika kurang cantek tunggu jap nanti okei la tu.. Teknik menukar kasut memang bijak tapi nanti depan ada lg 1 last cuma kecil skit. Kebanyakan pendaki-pendaki mengisi air bagi keperluan disungai ke-3 ini.


Denai2 laluan trek melalui kebun2 orang asli dan diantaranya terdapat pokok durian, manggis, dan lain.. Terdapat juga rumah tinggalan penduduk asli disini. Teruskan lagi.. caiyokkk..



Setelah melawat perumahan asli dan kebun-kebun pendakian sebenar akan bermula. Jangan terkejut dengan signboard2 yang ada sebab semuanya merupakan mental yang perlu kita atasi. Ada 9 check point kesemuanya dimana pada permulaan pendakian kita akan berhenti pada setiap check point. Dari check point ke check point pendakian agak mencanak sedikit dan terasa la penat jugak kt check point2 relax dulu.. tp steadyyy... CP 4 merupakan last water point bg minuman. Perlu ke bawah sedikit kalu nak ambil air. Sambil2 tu layan dulu kewujudan hutan hijau nih... sambil ditemani nyamuk di CP4...



Teruskan lagi pendakian dan dan lg dan lg dan lg sehingga bertemu dengan kawasan berbatu seperti gunung datuk. Gua disini agak lebar batunya dan boleh lepak2 lagi. Pacak jugak nak sampai gua niah nih..




Gua di CP5 ini dipanggil oleh masyarakat setempat sebagai Gua Tedong kerana rupa batu yang menjadi bumbung mirip2 kepala tedung. Sambil tunggu kawan2 kita makan pisang brandon omputih n layan dulu view di bawah yang dikatakan ada laluan askar british pada 1 masa dahulu. CP5 juga merupakan tempat ramai pendaki2 merehatkan badan baring di batu ala2 sofa"teringat kata2 sahabat wan batu - asal jumpa batu jer jd pit stop ingatkan sofa".




Dari Gua CP5 ini perjalanan perlu diteruskan kerana dah dekat dalam sejam lebih kalu non-stop dh bleh sampai. Laluan pun mendatar sedikit berbanding sebelum sebelum ini... cambiasa amek gambar spesis bunga nih sebab atom dah order dari umah... Laluan kontur berbukit diselami dengan balak lama yang tido kat bumi, diiringi kicaun burung, flora n fauna, teknik mengecilkan badan sbb nak lalu buloh2 yang tumbang sambil sakit pinggan den... adoyai..  awas juga pada duri2 yang menjalar. Anda boleh speed untuk terus sampai sbb mmg dah dekat, cuma mental jer bermain difikiran....



Sampai di Kem Kubu British lama. Ada satu jer kt kemsite nih tapi kita rehat dulu. Kopi O satuuu iss.. Kawasan kemsite memang lapang dan peak tertinggi ada atas tu tapi bahaya banyak. Disarankan panjat sampi signboard atas jer. Yang batu atas tu kurang2 kan lah.. Pe lagi masak apa yang patot.. Terdapat juga air tadahan hujan cam perigi yang boleh dijadikan wuduk.. layan dulu okei..



Chinese green tea uncle tu bg, mee kari iss, 100+ spesel don n yat.. pisang lagi, maggie wajib, kopi O,



Menuju ke atas setelah lepak2king



Projek tangga dari Gelanggan Rekreasi Malaysia, PAT, dan penaja MalsingMap...



Gayat woooo tangga nih, dah la kecik batu atas nih huhuhu, cancel jd spiderman :(  Gng2 berdekatan adalah Gn Ulu Kali, Pine 3 Hill, Gn Bunga Buah.... Yat pakai ilmu apa ntah slamber jer sensorang kt situ...



Dari signboard peak, dalam 10minit kehadapan edisi special kali ini memaparkan penemuan bangunan bersejarah British, menyusuri trail ke bawah dan semak2 dan terus dan lagi akan tembus di kawasan bersejarah seperti di A Famosa Melaka. Cuma yang nie kat atas bukit. Camner la monumen2 bangunan nie ble dipikol kat atas nih..



Nie watak harry potter nih ... macam kutu... Bangunan nih dh terbiar lama byk pokok2 dah tinggi.. Jom turun kt kemsitee... cergasssss omputih dh risau mana bdk2 nih..



Perigi lama air tadahan hujan.. Dah puan sume jom cabuuutttttt... perjalan turun boleh race...



Pasangan suami isteri mencilok durian di laluan trail... wakakakka.. dah sampai parking bawah boleh mandi siap tukar baju. Air sungai kat parking nih sooojuuukkk... terbaekkkk...Mulakan dengan doa dan stretching, smoga berekreasi sambil jadi ibadah... pon pon pon..


update route utk pendakian esok 22 Jun 2013









2 comments:

  1. Ada rasa kesal sikit dengan pendaki-pendaki yang tak menghargai alam sekitar, pada sabtu 3 Nov 2012 lepas saya dan beberapa group telah sampai ke puncak Bukit Kutu jam 11.45 pagi apa yang tak seronoknya ada satu longgokkan sampah yang dibiarkan dipuncak, tak diuruskan dengan betul. Kita semua adalah pendaki yang menghargai alam yang dianugerah Allah kepada kita. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana sampai n terima kasih kerana prihatin n info yang diberi amat bermakna... perkara sampah telah byk kali dibincangkan di forum2 rasmi termasuk Gunung Online n Outdoor Geng n Sidang Warga Gunung n dll, oleh kerana terlalu ramai manusia yg tidak menghargai alam sekitar komuniti pendaki berpendapat kita sendiri perlu membantu tidak kira byk atau sedikit menghilangkan sampah yg ada. Sebagai contoh Komuniti Pendaki Negeri sembilan telah menjalankan operasi membersih gunung ditempat mereka dalam operasi CSR gunung angsi dan sekitar.Manakala Gunung Online n Outdoor geng dalam operasi membersih Gunung Berembun CBL Chemerong Berembun Lansir Terengganu.Manakala kebanyakan Gunung dibawah kerajaan negeri termasuk Gunung Tahan juga menjalankan ops bersih mencuci trail gunung. Kami berpendapat memang kita sendiri perlu bersihkan sebab manusia yang sedemikian rupa yg tidak menghargai bumi mmg ramai. Mungkin kurang kesedaran kurangnya mentaliti didikan dari sekolah n kami mendoakan next young generation berubah ke arah kebaikan. semasa june 2012 mmg tiada sampah sepertimana bersihnya gambar diatas dan saudara iskandar berbaju kuning rajin kutip botol air yg ditinggalkan. Jangan berputus asa sahabat sebab anda ada rakan2 seperti kami yg tidak akan putus asa menjaga khazanah bumi ini. Kecuali sampah kt basecamp everest x dapek den nolong... Untuk gunung2 G7 paling rajin bersihkan sampah adalah saudara Sahlan dari SOS ... ramai yang rajin bersihkan termasuk Campsite Lolo Gunung Nuang, kemsite Dato, peak broga, peak irau, peak angsi, cuma ratio kami berbanding rakyat malaysia 1/1000 terlalu kecil... anyway buat iklas sambil berzikir dapat pahala... 1000 thanks from outdoor community >> support us at www.gunungonline.com.my

      Delete