Sunday, November 21, 2010

Gunung Banang@Bukit Banang >> 21 11 2010

Lokasi >> Gunung@Bukit Banang via parit sulong di Batu Pahat Johor
Pendaki >>  bocha redah hutan
Rating >> baru try trek TAR, ada lg 1 trek dari kg petani blom survey... misi pencarian gua dan air terjun kecil dari mantul
Accesss >> Batu28 Lengan - Pagoh - Parit Sulong - Jln Tongkang Pecah - Jalan Minyak Beku Batu Pahat. Untuk kerete biasa x bleh panjat nnt berasap....

Layan gambar dulu, under construction n still upgrade...


Perjalanan dimulakan dari Batu 28 lenga melalui pagoh sbb mak n abah yang ilhamkan n yang citer zaman dulu2... pe lg jommm.. atom tapau nasi lemak mak atok n roti telor abah atok...























Melalui pagoh kami bergerak ke melalui parit sulong batu pahat melalui jalan kampung lama tapi jalan mmg cantek dan baru. Ramai penduduk Batu Pahat ikot jalan nih sebab merupakan jalan short cut dan memang turun temurun.























Pemandangan sekitar batu pahat, terdapat tasek
























Pendakian bermula dari parking kawasan bawah berdekatan kedai. Dari sini anda perlu memulakan pendakian melalui jalan tar dan mental skit sbb jalan tar. Kalu trail hutan lebih easy sedikit. Dahulunya trail nie jalan tanah merah bercampur hutan sedikit mengikut kata2 ayah n mak saya yang berasal dari parit kasim batu pahat. Ramai orang2 yang naek tempat nie dulu2.
























Anda akan melihat rumah penduduk di permulaan pendakian, teruskan keatas kekanan.
Terjumpa uncle nie walaupon berusia namun masih kuat, kami naek beliau dh turun, walaupon ada hilux tapi beliau tetap exercise dengan berjalan kaki.

























Puncak tertinggi adalah dikawasan menara Pemancar TM dan telah dipagar oleh askar bg tujuan keselamatan. walaubagaimanapun anda boleh melalui tepi pagar sebelah kanan untuk melihat view bandar batu pahat dikawasan sedikit berbatu. Anda juga boleh berehat ditepi pokok sebelum pagar ini dan kawasannya agak redup n nyaman.
























Perjalan turun sedikit laju kerana merupakan jalan TAR berbanding naek. Jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar dikawasan sekeliling kerana keseluruhan flora masih kekal dgn hutan hijau.
























Anda boleh berehat sebentar di check point yang ada, rupa bentuk batu disini agak menarik perhatian kami.

























Penduduk disekitar kawasan ini juga rajin yang jogging kat sini. sama2 lah bertegur sapa...
























yahooo... sampai di parking akhirnya... anda boleh parking di kawasan kedai makan atau kawasan berdekatan jalan masuk. Berikut merupakan pemandangan disekitar kawasan parking























topography trail...




profile trail, jarak dalam 3km.








































park kete jln, parking  kedai kawasan lapang >> 10meter altitude, 01:22pm, N1 49.402 E102 55.331
lombong rugi, view bukit telah ditarah >> 93meter altitude, 03:01pm,  N1 49.279 E102 55.352
kete x kuat >> 106meter altitude, N1 49.164 E102 55.434
cplevel, check point level >> 200meter altitude, 01:50pm,  N1 49.046 E102 55.713
level 2 >> 315meter altitude, 02:07pm, N1 48.856 E102 56.098
cp2rht, check point2 rehat >> 340meter altitude, 02:11pm,  N1 48.800 E102 56.231
border, sign board >> 406meter altitude, 02:26pm, N1 48.799 E102 56.379
puncak banang >> 418meter altitude, 2:26pm,  N1 48.822 E102 56.413

5 comments:

  1. salam. ada rekod elevation profile untuk bukit banang ni tak? sebab tengok trek tar dia kecerunan tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trek dier ble tahan sbb jalan tar, kalu ada apa2 bg tau jer nnt kitorang tolong stakat yg mampu, br just update topo map bagi tujuan rujukan untuk agak ketinggian(projection)dan elevation profile. harap dapat membantu rakan2...

      Delete
  2. thanks. ini sangat membantu dan kalau boleh display topo map + elevation profile yang pernah didaki sebelum ni ;)


    p/s: teringin naik puncak ledang tapi takde geng + masa yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. Betul ke ada 2 trek? Trek jalan tar dan trek hutan?

    ReplyDelete
  4. Betul ke ada 2 trek? Trek jalan tar dan trek hutan?

    ReplyDelete