Saturday, February 2, 2013

Gunung Ulu Semangkok , Fraser Hill

Lokasi >> Gunung Ulu Semangkok, Fraser Hill
Pendaki >> Badang Taipeng Mari  , MK Rahman Gengs, Pakcik Bro
Rating >> Terbaek...
Aksess >> Kuala Kubu Bharu - Simpang Ke Fraser Hill take GAP Rest House

-ini pon x mengapeee...


Kami bermula agak lewat sekitar jam 10:00am. Walaubagaimanapun cuaca disini yang agak sejuk tidak mematahkan semangat utk kami cuba mendaki... Jom panjat...
























Kawasan parking disekitar permulaan GAP Rest House. Anda juga boleh parking  ke hadapan sedikit dimana terdapat kemudahan awam tandas, gerai dan surau..
























Permulaan pendakian cuaca disini agak lembap serta lantai hutan yang basah melalui celahan buloh sedikit menguji mental. Kesian En Badang skit jer lg abam bad... kayuh3... Trail pada permulaan mengikuti laluan pipe pvc yg tidak berfungsi dan seterusnya sedikit hutan buloh dan bunga2 liar..

























Take-5 sambil menghayati keindahan ciptaan Allah...

























Selang beberapa belas minit mungkin puluh akan tiba dilokasi Batu Tanda Puncak Gap. Dari sini ambil kiri jalan untuk turun kebawah bagi perjalanan ke bukit seterusnyer... wacaaaaa...

























-Ulu Tranum Forest Reserve- Trail ini telah diwartakan sebagai hutan simpan yang perlu dipelihara bagi setiap lapisan masyarakat. Penulis berharap ianya kekal sehingga ke-generasi seterusnya kerana apa yang ada di bumi yang bertuah ini adalah untuk kita bersama... Trail ulu semangkok ini juga diliputi lumut2 karpet yang tebal disebabkan cuaca yang begitu sejuk disini. Mungkin pokok nie menggunakan karpet berlumut sebagai baju sejuk mereka... cer tanyer...

























 Disebabkan bangun lambat kami menspeedkan diri sehingga bertemu beberapa group dihadapan.. Assalamualaikum... ada jugak manusia dalam hutan nih... hehehhe terbaekkkk.. Pendakian diteruskan dengan sedikit menurun dan menaik dan terdapat beberapa pokok yang telah rebah dimakan usia...
























 Pon Pon pon pon pon.... kami akhirnya sampai setelah beberapa kali meneka jauh lg abam bad... Terdapat penanda aras ketinggian beirut  disini.. walaubagaimanapun kawasan puncak tidak berapa luas dan terdapat lebah. Mungkin musim bunga kt sini...


Selang 15 Langkah dari puncak kami menghampiri 1 kawasan seperti bukit last minit.  Dari bukit last minit ini pemandangan 360 darjah dapat dilihat mengelilingi kawasan puncak. Abam bad aper lg dengan posing pendekar melayu dia... toin toin toin..

























 Sampai masa untuk kami pulang setelah mencapai objektif dan bertukar fikiran dengan Tuan MK Rahman and the groups... steady kawan2... kami akan kembali lagi disini terbaekkk.....

Checkpoint n Topo Profile, Thanks to malfreemaps and Garmin ... Terbaek...


sharing 


Altitude profile 3km one way... 


gd