Pendaki >> Riggers Bro manz pres + non riggers + ntah + aji n anak saudara aji + pakcik bro
Rating >> Terbaekk, free as u wish
Aksess >> melalui jalan ke Genting , Karak Tol - Goh Tong Jaya - Sri Malaysia - Belakan ada kebun sayur trail
Special thank >> thks to aji bg minom air kotak dutch lady + thks gak to mr pacat sbb cuti hari pekerja.. tenkiu gak kt kerajaan negeri pahang sbb free... terbaekkk..
Special note >> tahniah riggers sudah maju kehadapan... kayuh3...
Gunung Bunga Buah terletak dijajahan Pahang Darul Makmur. Oleh kerana berhampiran berada dilaluan ke Genting Highland kebanyakan pendaki2 dari Kuala Lumpur dan Selatan dan Pantai Timur menjadikannya sebagai alternatif untuk daypack@pendakian balik hari. Lokasi yang mudah dikunjungi menuju ke Gombak melalui Tol Karak dan seterusnya perjalanan ke Genting Higland cuma perlu menavigasikan GPS anda ke Goh Tong Jaya. Setelah sampai di Hotel Sri Malaysia pendaki yang tiba awal boleh tidur di dalam kereta atau menginap awal di Hotel2 sekitar. Bagi yang tidor didalam kereta sebaiknya tidur berhampiran Sri Malaysia kerana terdapat kemudahan awam sambil minom di Kedai mamak Restoren Nasi Kandar Genting. Sembang mamaakkkkk
Trail permulaan melalui kebun sayur belakang nun disana dari Hotel Sri Malaysia. Parking disini luas dan terdapat kedai runcit disini
Bermula dari kebun sayur ini anda perlu merentasi sayur2 dan sedikit lecak@becak disini. Walaubagaimanapun abg sayur telah meletakkan karpet sebagai panduan keatas
Permulaan pendakian melalui bukit di kebun sayur n sedikit pokok n buloh dan akan tembus di jalan tar lama yg ditinggalkan.
Setelah keluar jumpa jalan tar ambil kiri dan teruskan perjalanan dan jumpa simpang seperti dibawah. Skali lagi pilih kiri jalan sehingga bertemu bekas tinggalan kuari yang menjadikan tauke kuari untung... haish..
Kawasan peninggalan kuari ini mmg luas. Untungler... Trail agak sedikit lembap jika semasa musim hujan. Terdapat spesis orkid yg cantek disekitar trail ini.
Teruskan perjalanan dan tiba dihujung trail akan semakin menurun dan view boleh dilihat di hujong tar ini. Dari sini teruskan lagi perjalanan kerana jalan masuk kaki gunung berdekatan dihadapan sehingga jumpa simpang hutan dihadapan. Penulis telas meletakkan tag awas merah putih bagi memudahkan pendaki mengecam trail. Dari simpang yang telah di blok engan tape tersebut pendakian akan bermula. Tapi trail mula2 di simpang ini akan turun n turun n turun...
Dari sini keadaan muka bumi akan naek turun n naek n turun sehingga ke last water point. sap kok dulu. Penat bang relax jap...
Antara trail yang akan dilalui.
Setelah agak lama memacakkan diri seb baek x panggok anda akan dihadiahkan dengan 1 taman yang dipanggil rock garden oleh pendaki2 sblom ini. Batu seperti dibukit tabur n lumut2 orange yg cantek memukau perhatian makhluk bernama manusia.. relax lg bang sap kok dulu kolopehhh...
view scenary n trail view along the way to orange rock garden
Dh sampi pon rombongan cik yah... ada kenduri skit kt peak nih... oh yer sblom tiba di peak terdapat 1 kawasan lapang dipanggil kemsite. Dari kemsite terus jer ikot single trail@lorong depan dan akan tiba di Peak GBB beirut. Kawasan peak agak terhad muat2 beirut n sedikit persegi.
Makan time... spageti + kopi O
untungler byk no makanan...
sesi photograpah kt beirut... seronok muka masing2..
Turun ke rock garden n turun ke simpang. Jgn silap trail plak sepak laju2 nnt.
Tu dieeeeaaa.. ketibaan sweeper aji membawa tuan migdad... tahniah aji... lokasi adalah simpang kalu balek selepas kuari.
slmt mencuba... mulakan dengan doa n akhiri dgn doa.. jgn lupa stretching..