Saturday, September 29, 2012

Bukit Broga - Gunung Tok Wan - Bt 18@Bukit 18


Lokasi >> Bt 18@Bukit 18 via Broga n Tok Wan, Semenyih/Broga/Lenggeng
Pendaki>> Ayong, Ayong 2, Patin@Paton Jawa Meru , Pakcik Bro
Rating >> Terbaekkkkkkk pon pon pon... trek layan buloh giant melengkau... amekkau...
Akses>> Menggunakan akses laluan Bukit Broga terus ke Gunung Tok Wan dan Sambung Ke Bt 18


bt 18@bukit 18 terletak di lokasi popular Bukit Broga dimana ianya bersambung terus dari Gunung Tok Wan. Penulis bersama rakan dari jawa Meru menggunakan route yang diberikan oleh harimau comel dari SOS sebagai panduan. Hidup SOS, hidup harimau comel, hidup Gunung Online. Projek ini merupakan projek rintis yang bertujuan untuk membangunkan dan memperkembangkan lagi route dari bukit broga ke check point seterusnya...


















Thanks and credit to google and malfree maps...


 Profile ketinggian ini disimulasi menggunakan mapsource dari data garmin 60csx. Profile yang bermula dari Gunung Tok Wan berketinggian 600m++ altitude perjalanan diteruskan ke bt 18 berketinggian altitude 800m++. Ketinggian Bukit Broga pula adalah sekitar 400meter alt. Dari Tok wan ke bt 18 tambahan 2KM dan altitude another 200m high waiting for us...
 Pemandangan di broga bersama ayong n the gangs... tido cap koboi di tengah trek... thanks ayong temankan kitorang.. pagi2 dh sarapan maggie.....
























Perjalanan diteruskan dari puncak broga ke Gunung Tokwan. Last water point boleh didapati dari punca air bawah tanah dicelahan batu-batu sebelum sampai di Gunung Tok Wan..
























 Dari puncak tok wan harimau comel and the gang telah meninggalkan jejak takuk parang di pokok2. Kami menggunakan tag awas merah putih agar tanda ini menjadi panduan kekal lama. Harapan kami agar trek ini suatu hari nanti akan clear dan mudah dikunjungi pendaki pendaki.
























 Penempatan Ali Cafe bersama bateri eveready berkemungkinan kerja2 penandaan persempadanan negeri. Buah rotan mmg terbaekkk...
























Jawer Man vs Buloh trail... rare trek nih...
























Trail adalah 75% buloh dan berbukit sederhana...
























Antara kawasan bt 18 dipenuhi buloh2 gergasi liar... diatas puncak adalah sedikit lapang dimana banyak pokok buloh telah besar besar belakan... kekadang trek dilitupi laluan buloh dan teknih menyelit di celah buloh perlu digandakan.. terbaek pon pon pon pon...
























Pekene kopi o dan maggie pedas jawer meru.... bleh tahan jugak bt 18 dari tok wan nih... tu la letak lg cili padi  sampai penoh wakakakkak... apa2 pon kopi hang tuah + kopi 434 mmg terbaekkkkk... Have a nice journey... Jgn lupa solat...

Sunday, June 10, 2012

Bukit Kutu >> Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu - Peninggalan Sejarah Kubu British


Lokasi >> Kuala Kubu Bharu via Kg. Pertak, 10 June 2012
Pendaki >> Hayati Turiman, Adik Idan Don , Iskandar Cheff, Debol Mot, Omputih, sorang, Pakcik bro
Rating >> Terbaek
Akses >> S.alam - Elite Utara - Rawang - Berkumpul di Pasar Pekan K.Kubu Bharu - Kg.Pertak - Parking - Cross Sungai kecil - Pendakian Bermula - layan 9 check point - water point - Gua - Panjat2 - s - mpai ,Then balik ahad petang jem nk kuar ker hiway..
Special Edition >> Peak - trek denai hutan - fortress kubu lama peninggalan British macam  A Famosa
Special Thanks >> Thks to atom bg lesen permit, atom, syida, pizza, inoe, ator, khaito, hawa dan sumer jom panjattt.. pon pon pon pon ...

Sarapan di Pasar Pekan Kuala Kubu Bharu, Macam2 ada jual sayur, ikan, brg2 mcm pasar malam. Parking kereta kat sini banyak. Perjalanan diteruskan  dari pekan terus menghala ker Empangan Sungai Selangor dimana terdapat ramai pemancing2 tegar diatas jambatan pada waktu tengah malam sehingga ke pagi. Masuk ke laluan Kg.Pertak dimana penempatan orang2 asli peribumi ditempatkan semula.



Parking agak terhad di kawasan ini, Disarankan parking di Pekan KKB dan pool car ke dalam. Dari Kg.Pertak bentuk jalan yang dilalui pada permulaan bertar dan bertukar kepada batu kerikil road. Disarankan kereta bersaiz sederhana kecil bagi memudahkan keluar dan masuk. Permulaan perjalanan melintasi 2 jambatan sungai kecil lama. 



Jambatan kedua sedikit usang sambil meniti kayu-kayu.



Trail balak lama digunakan menyusuri kebun2 orang asli. Terdapat beberapa simpang bercabang dimana kekiri menuju ke sungai dan kawasan perkhemahan. Anda disarankan memilih kanan bagi memudahkan perjalanan.




Sungai ke-3 merupakan sungai yang agak lebar. Jika cuaca cantek kedalaman adalah paras lutut dan peha. Jika kurang cantek tunggu jap nanti okei la tu.. Teknik menukar kasut memang bijak tapi nanti depan ada lg 1 last cuma kecil skit. Kebanyakan pendaki-pendaki mengisi air bagi keperluan disungai ke-3 ini.


Denai2 laluan trek melalui kebun2 orang asli dan diantaranya terdapat pokok durian, manggis, dan lain.. Terdapat juga rumah tinggalan penduduk asli disini. Teruskan lagi.. caiyokkk..



Setelah melawat perumahan asli dan kebun-kebun pendakian sebenar akan bermula. Jangan terkejut dengan signboard2 yang ada sebab semuanya merupakan mental yang perlu kita atasi. Ada 9 check point kesemuanya dimana pada permulaan pendakian kita akan berhenti pada setiap check point. Dari check point ke check point pendakian agak mencanak sedikit dan terasa la penat jugak kt check point2 relax dulu.. tp steadyyy... CP 4 merupakan last water point bg minuman. Perlu ke bawah sedikit kalu nak ambil air. Sambil2 tu layan dulu kewujudan hutan hijau nih... sambil ditemani nyamuk di CP4...



Teruskan lagi pendakian dan dan lg dan lg dan lg sehingga bertemu dengan kawasan berbatu seperti gunung datuk. Gua disini agak lebar batunya dan boleh lepak2 lagi. Pacak jugak nak sampai gua niah nih..




Gua di CP5 ini dipanggil oleh masyarakat setempat sebagai Gua Tedong kerana rupa batu yang menjadi bumbung mirip2 kepala tedung. Sambil tunggu kawan2 kita makan pisang brandon omputih n layan dulu view di bawah yang dikatakan ada laluan askar british pada 1 masa dahulu. CP5 juga merupakan tempat ramai pendaki2 merehatkan badan baring di batu ala2 sofa"teringat kata2 sahabat wan batu - asal jumpa batu jer jd pit stop ingatkan sofa".




Dari Gua CP5 ini perjalanan perlu diteruskan kerana dah dekat dalam sejam lebih kalu non-stop dh bleh sampai. Laluan pun mendatar sedikit berbanding sebelum sebelum ini... cambiasa amek gambar spesis bunga nih sebab atom dah order dari umah... Laluan kontur berbukit diselami dengan balak lama yang tido kat bumi, diiringi kicaun burung, flora n fauna, teknik mengecilkan badan sbb nak lalu buloh2 yang tumbang sambil sakit pinggan den... adoyai..  awas juga pada duri2 yang menjalar. Anda boleh speed untuk terus sampai sbb mmg dah dekat, cuma mental jer bermain difikiran....



Sampai di Kem Kubu British lama. Ada satu jer kt kemsite nih tapi kita rehat dulu. Kopi O satuuu iss.. Kawasan kemsite memang lapang dan peak tertinggi ada atas tu tapi bahaya banyak. Disarankan panjat sampi signboard atas jer. Yang batu atas tu kurang2 kan lah.. Pe lagi masak apa yang patot.. Terdapat juga air tadahan hujan cam perigi yang boleh dijadikan wuduk.. layan dulu okei..



Chinese green tea uncle tu bg, mee kari iss, 100+ spesel don n yat.. pisang lagi, maggie wajib, kopi O,



Menuju ke atas setelah lepak2king



Projek tangga dari Gelanggan Rekreasi Malaysia, PAT, dan penaja MalsingMap...



Gayat woooo tangga nih, dah la kecik batu atas nih huhuhu, cancel jd spiderman :(  Gng2 berdekatan adalah Gn Ulu Kali, Pine 3 Hill, Gn Bunga Buah.... Yat pakai ilmu apa ntah slamber jer sensorang kt situ...



Dari signboard peak, dalam 10minit kehadapan edisi special kali ini memaparkan penemuan bangunan bersejarah British, menyusuri trail ke bawah dan semak2 dan terus dan lagi akan tembus di kawasan bersejarah seperti di A Famosa Melaka. Cuma yang nie kat atas bukit. Camner la monumen2 bangunan nie ble dipikol kat atas nih..



Nie watak harry potter nih ... macam kutu... Bangunan nih dh terbiar lama byk pokok2 dah tinggi.. Jom turun kt kemsitee... cergasssss omputih dh risau mana bdk2 nih..



Perigi lama air tadahan hujan.. Dah puan sume jom cabuuutttttt... perjalan turun boleh race...



Pasangan suami isteri mencilok durian di laluan trail... wakakakka.. dah sampai parking bawah boleh mandi siap tukar baju. Air sungai kat parking nih sooojuuukkk... terbaekkkk...Mulakan dengan doa dan stretching, smoga berekreasi sambil jadi ibadah... pon pon pon..


update route utk pendakian esok 22 Jun 2013









Tuesday, May 1, 2012

Gunung Bunga Buah >> Goh Tong Jaya Genting Highland , GO Riggers

Lokasi >> Belakang Sri Malaysia Goh Tong Jaya, Genting Highland
Pendaki >> Riggers Bro manz pres + non riggers + ntah + aji n anak saudara aji + pakcik bro
Rating >> Terbaekk, free as u wish
Aksess >> melalui jalan ke Genting  ,  Karak Tol - Goh Tong Jaya - Sri Malaysia - Belakan ada kebun sayur trail
Special thank >> thks to aji bg minom air kotak dutch lady + thks gak to mr pacat sbb cuti hari pekerja.. tenkiu gak kt kerajaan negeri pahang sbb free... terbaekkk..
Special note >> tahniah riggers sudah maju kehadapan... kayuh3...



Gunung Bunga Buah terletak dijajahan Pahang Darul Makmur. Oleh kerana berhampiran berada dilaluan ke Genting Highland kebanyakan pendaki2 dari Kuala Lumpur dan Selatan dan Pantai Timur menjadikannya sebagai alternatif untuk daypack@pendakian balik hari. Lokasi yang mudah dikunjungi menuju ke Gombak melalui Tol Karak dan seterusnya perjalanan ke Genting Higland cuma perlu menavigasikan GPS anda ke Goh Tong Jaya. Setelah sampai di Hotel Sri Malaysia pendaki yang tiba awal boleh tidur di dalam kereta atau menginap awal di Hotel2 sekitar. Bagi yang tidor didalam kereta sebaiknya tidur berhampiran Sri Malaysia kerana terdapat kemudahan awam sambil minom di Kedai mamak Restoren Nasi Kandar Genting. Sembang mamaakkkkk



























Trail permulaan melalui kebun sayur belakang nun disana dari Hotel Sri Malaysia. Parking disini luas dan terdapat kedai runcit disini


Bermula dari kebun sayur ini anda perlu merentasi sayur2 dan sedikit lecak@becak disini. Walaubagaimanapun abg sayur telah meletakkan karpet sebagai panduan keatas

Permulaan pendakian melalui bukit di kebun sayur n sedikit pokok n buloh dan akan tembus di jalan tar lama yg ditinggalkan.



Setelah keluar jumpa jalan tar ambil kiri dan teruskan perjalanan dan jumpa simpang seperti dibawah. Skali lagi pilih kiri jalan sehingga bertemu bekas tinggalan kuari yang menjadikan tauke kuari untung... haish..


Kawasan peninggalan kuari ini mmg luas. Untungler... Trail agak sedikit lembap jika semasa musim hujan. Terdapat spesis orkid yg cantek disekitar trail ini.


Teruskan perjalanan dan tiba dihujung trail akan semakin menurun dan view boleh dilihat di hujong tar ini. Dari sini teruskan lagi perjalanan kerana jalan masuk kaki gunung berdekatan dihadapan sehingga jumpa simpang hutan dihadapan. Penulis telas meletakkan tag  awas merah putih bagi memudahkan pendaki mengecam trail. Dari simpang yang telah di blok engan tape tersebut pendakian akan bermula. Tapi trail mula2 di simpang ini akan turun n turun n turun...






















Dari sini keadaan muka bumi akan naek  turun n naek n turun sehingga ke last water point. sap kok dulu. Penat bang relax jap...



Antara trail yang akan dilalui.


Setelah agak lama memacakkan diri seb baek x panggok anda akan dihadiahkan dengan 1 taman yang dipanggil rock garden oleh pendaki2 sblom ini. Batu seperti dibukit tabur n lumut2 orange yg cantek memukau perhatian makhluk bernama manusia.. relax lg bang sap kok dulu kolopehhh...
view scenary n trail view along the way to orange rock garden


Dh sampi pon rombongan cik yah... ada kenduri skit kt peak nih... oh yer sblom tiba di peak terdapat 1 kawasan lapang dipanggil kemsite. Dari kemsite terus jer ikot single trail@lorong depan dan akan tiba di Peak GBB beirut. Kawasan peak agak terhad muat2 beirut n sedikit persegi. 

Makan time... spageti + kopi O
untungler byk no makanan...

sesi photograpah kt beirut... seronok muka masing2..
Turun ke rock garden n turun ke simpang. Jgn silap trail plak sepak laju2 nnt.

Tu dieeeeaaa.. ketibaan sweeper aji membawa tuan migdad... tahniah aji... lokasi adalah simpang kalu balek selepas kuari.


slmt mencuba... mulakan dengan doa n akhiri dgn doa.. jgn lupa stretching..