Saturday, March 17, 2012

Gunung Liang East n Gunung Liang West LEW via Sg.Dara Behrang Tg Malim

Lokasi >> Sg.Dara Behrang Tanjung Malim. 4 5 7 9
Pendaki >> Riggers Adventure - anyway can be a trail
Rating >> terbaekkkk... layan sejok... lwp sejok 2 peak
Aksess >> Utara cari Tg.Malim Behrang... nak senang cari PROTON

17-18 MAC 2012

Gunung Liang East West @ LEW 4 5 7 9 terletak di Jajahan Pahang puncaknya akan tetapi trail bermula di Perak Tg.Malim. Kawasan berhampiran PROTON melalui highway Elite + Guthrie + Plus exit Tg.Malim. Anda boleh parking di "Loji Pembersihan Air Sg.Dara Tanjong Malim". Lokasi yang terlalu menarik dimana pada permulaan trail melalui jalan tar kecil sehingga ke punca empangan air. Anda boleh melalui trail atas atau melalui gate tapi jangan lupa minta izin dengan brother yang bertugas masa kat parking. Dari empangan air teruskan dengan denai hutan melintas anak sungai dan mendaki sedikit bukit dan sedikit bunga2 mental hahah. Seterusnya anda akan jumpa beberapa pokok tumbang yg menyebabkan trail lama terubah sedikit laluannya. Walaubagaimanapun tidak perlu risau kerana kami telah tag pokok2 dengan tag awas merah putih  sehingga ke beirut east. Tagging tersebut bertujuan  bagi  melancarkan perjalanan pendaki2 yang bergerak dalam keadaan malam gelap atau cuaca kelam. Teruskan perjalanan dan akan tiba di lalauan anak2 sungai dan batu yang kami panggil cek point gua niah. Tidak jauh dari sini sedikit lagi mencanak ckit jer di hadapan terdapat kawasan lapang untuk rehat. Dari sini teruskan lagi perjalanan dan lagi dan lagi sehingga tiba di check point seterusnya kemsite Sg.Liang @ Lubok Antu 4. Anda boleh berehat sambil menikmati makan tengahari di akuarium yang mengalir tenang disini. Inilah keindahan ciptaan Allah. Penulis bersama rakan tapau nasi lemak di RnR dan makan di Sungai ini.. Memang terbaek rasa cam nk terjon jer kt sungai tu hihih. Setelah selesai solat zohor perjalanan diteruskan ke checkpoint seterusnya iaitu checkpoint winston 7. Dari sini keadaan muka bumi mula mencanak canak  5. Dari kilometer 5 ini anda perlu teruskan perjalanan ke winston dengan permukaan yang senget. Keadaan berkemungkinan hujan dan teruskan lagi kayuh kayuh kayuh sehingga level di winston 7. Kem site berada dihadapan dan perlu keatas sedikit. Ianya terletak di permatang dan suhu terlalu sejok diwaktu malam. Waterpoint berada dikiri bawah dan airnya terlampau sejok cam air batu huhuhu... Disarankan tidor disini sbb dkt n air n kawasan lapang dan cantek. Anda boleh sambung perjalanan mendaki pada sebelah keesokan paginya. Setelah selesai solat subuh kami bergerak ke peak. Melalui 2 checkpoint batu besar dan keatas pokok2 semakin rendah n rendang. Teruskan lagi n lagi n lagi single trail sehingga lah ke puncak west  9. Puncak pertama beirut adalah Gunung Liang Barat @ Liang West  9. View di west adalah cantek dengan bukit bukau n gunung ganang hutan hijau n banjaran titiwangsa sama mcm google. Dari beirut besi trigonometri yang penuhi pokok periuk kera teruskan lagi perjalanan ke hadapan. Perlu turun sedikit pada permulaan dekat jer dengan trail pokok seolah2 pakai baju sejok seperti filem LORD OF THE RING. Beirut seterusnya adalah Gunung Liang East @ Liang Timur. Boleh masak2 n pekene kopi O kt sini. Memang terbaekkkk... Perjalan turun boleh speed dari Peak ke Kemsite. Packing2 barang n ratio n boleh speed lagi ke check point seterusnya untuk pulang di Lubok antu. Pe lagi dh sampi terjonnnn... mmg terbaek sungai dia luas... sambil2 masak air kopi n teh tarik cikgu rosli terjon la puas - puas.. apa2 pon selamat mendaki. Jangan lupa doa n solat..


Parking di Loji Pembersihan Air Sg.Dara Tg.Malim. Last packing n bagi2 ration. Diiringi bacaan doa Ustaz Cikgu Bakar.. Amin..




Beg @ haversack.. ehemm test gadget baru bro2 n sis2... terbaek..

























Bertarkan kaki menuju jalan masuk menuju ke punca empangan air






Boleh follow empangan nie atau divert sikit ikot atas bukit





Melalui denai hutan n melintasi anak anak sungai.





Gua niah minom dulu....




 Untungla men air..





 kawasan lapang take 5 lepas gua niah..




 check point kem lubok antu @ sg liang.. rehat mkn tengahari n solat






 menyelami hutan..




 menikmati nasi lemak di tepi akuarium.. bersama en aji n mr presiden man




 meneruskan perjalanan yang pacak setelah rehat panjang di lubok antu.. napa x level2 nih senget tanah dia..




 bersama hujan kami tiba di checkpoint winston. kemsite yahoo yahoo mandi kt waterpoint.. setup bunglow




 mandi2, solat magrib isyak, makan2, kacau org, tidooo hahahhaha pekene kopi O n biskot lutot




 sembang2 bawah fly... tido pistol aper..




 sarapan cekodok en madi...




 bergerak ke peak setelah solat subuh




 trail to liang west...




 another continue trail to peak






akhirnya sampi di peak Gunung Liang West bersama suunto bikin panas huhuhu.. pinjam buleh??..





jom teruskan to next peak..




 Gunung Liang East - pokok selimut pakai baju sejok..









 Perang maggie.. kt sini cuaca sejok maggie panasss paling terbaekkkk...




 sesi photography... shooting... mana itu videoooo..




 jom balekkk..




 speed trap x de ... so henjut to campsite...




 ketibaan Pak Din n Cikgu Rosli di kemsite. Tenkiu cikgu n pak din mmg terbaek.. permatang  mmgadi kemsite bunglow mmg cantek..


 view keseluruhan water point yg teramat sejok




 cabooottt.... skali lagi rempit ke lubok antu...


Teh tarek cikgu rosli... pe lg terjon terjon.. heheh sojuk...




 kepala air....


Mulakan dengan Doa n jangan tinggalkan solat... slmt mendaki..